Selamat Datang

Portal ini merupakan alternatif kepada pelajar dan masyarakat untuk mendapatkan informasi berkaitan pengumuman , aktiviti dan program terkini yang melibatkan Pejabat HEP dan para pelajar Selangor di Mesir

Segala artikel,pengumuman dan berita yang tersiar adalah merupakan suara pejabat HEP Selangor namun segala komentar dan pandangan adalah pandangan peribadi pelayar ,bukan mewakili Pejabat HEP Selangor.segala pertanyaan ,aduan dan pandangan boleh dirujuk kepada Pejabat HEP Selangor Mesir +20224092392

WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Ahad, 29 April 2012

MAJLIS RAMAH MESRA & PERASMIAN RUMAH SELANGOR 2012



Pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir akan mengadakan Majlis Perasmian Bangunan Asrama Selangor yang akan dirasmikan oleh Yang Amat Dihormati Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). 

Sehubungan itu, kami dengan penuh takzim dan berbesar hati ingin menjemput SELURUH MAHASISWA SELANGOR yang menuntut di Mesir ke Majlis Ramah Mesra dan Perasmian Bangunan Asrama Selangor Hayyu ‘Asyir pada :

TARIKH     : 1 MEI 2012
HARI           : SELASA
MASA         : 7.00 MALAM
TEMPAT     : DATARAN HAYYU ‘ASYIR, KAHERAH
TENTATIF  : sila rujuk lampiran 

Semoga kehadiran anda semua akan menyerikan lagi majlis ini dan kami dahului dengan ucapan terima kasih. 

TENTATIF MAJLIS

SESI PERTAMA

07.00 MALAM               - Kehadiran Pelajar
                                    - Kehadiran Tetamu Jemputan
08.00 MALAM               - Ketibaan VIP ke Pentas (dengan iringan selawat)
- Nasyid Asmaulhusna
- Nyanyian Lagu ‘Negaraku’ 
- Nyanyian Lagu Negeri Selangor
- Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
- Bacaan Doa
- Bacaan Al-Quran
- Ucapan 1
  Oleh : Sahibus Sa’adah Dato’ Marzuki bin Hussin
              Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor

- Ucapan 2
                                      Oleh : T.Y.T Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Fakhrudin bin Abdul Mukti
             Duta Besar Malaysia ke Kaherah

- Ucapan Perasmian
  Oleh : Y.A.D Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa
             Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

- Gimik Perasmian
- Penyampaian Cenderamata Perasmian

SESI KEDUA

9.30 MALAM                - Majlis Ramah Mesra Bersama Pelajar Selangor
- Penyampaian Sumbangan Tahunan kepada Badan Kebajikan Anak    
                                      Selangor Mesir (BKASM)
- Penyampaian Cenderamata
10.45 MALAM               - Jamuan

Sabtu, 21 April 2012

SELAMAT DATANG KEPADA YB DR. HALIMAH BINTI ALI



Pejabat hal Ehwal Pelajar Selangor akan meraikan kunjungan Yang Berhormat Dr. Halimah binti Ali, Pengerusi, Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan bersama ahli rombongan beliau yang akan berada di Mesir mulai 22 April 2012 hingga 26 April 2012.

Kunjungan ini adalah sebagi bukti keprihatinan Kerajaan negeri Selangor terhadap kebajikan dan pendidikan para pelajar Selangor di Mesir.

Sepanjang YB berada di Mesir, pelbagai aktiviti dan program telah diatur khasnya program bersama-sama para pelajar Selangor yang menuntut di Mesir.

Pada 25 April 2012, pihak Pejabat HEP Selangor akan mengadakan Majlis Solat Hajat Dan Motivasi khas untuk para pelajar Selangor sebagai persiapan menghadapi imtihan tahun ini.

Sehubungan itu, dijemput kepada semua para pelajar Selangor untuk meraikan majlis ini yang akan di adakan di Rumah Selangor, Hayyu Asyir pada pukul 7.30 malam.


Sabtu, 14 April 2012

KENALI K.P.I TARBIYAH NEGERI SELANGOR (SIRI 2)


Key Performance Indicator (KPI) Tarbiyah merupakan satu usaha Kerajaan Negeri Selangor bertujuan mempertingkatkan nilai akhlak, syakhsiyah dan thaqafah sebagai mahasiswa/wi yang bakal mencorakkan Negeri Selangor khususnya dan negara Malaysia amnya pada masa hadapan.

Siapakah Yang Wajib Menyertainya?

Usaha yang murni ini wajar disokong oleh semua warga mahasiswa/i Selangor yang menuntut di Mesir ini. Sokongan ini dibuktikan dengan kita menjayakannya dengan penuh komitmen dan bersungguh-sungguh. 

Samaada anda mahasiswa Pengajian Islam, Qiraat, Perubatan di peringkat Sarjana Muda atau di peringkat MA dan PhD, yang menerima Bantuan Penuh Dermasiswa Zakat atau Bantuan Umum Pelajaran oleh Lembaga Zakat Selangor(LZS), atau tidak mendapat bantuan zakat, juga yang menerima bantuan MARA, JPA, ARB atau mana-mana agensi pemberi tajaan selain LZS, sewajarnya menyertai K.P.I Tarbiyah ini demi meningkatkan lagi kualiti syakhsiyah dan thaqafah kita.

Warga mahasiswa yang menuntut di Markaz Bahasa dan para pelajar di Ma'had Bu'uth juga perlu mengambil peluang untuk bersama-sama melaksanakan K.P.I Tarbiyah ini. Perkara yang baik ini sebaiknya kita sokong dan kita jayakan bersama.

Apakah Bentuk Pengisian Dan Aktiviti K.P.I Tarbiyah ini?

Warga mahasiswa hanya perlu mencatatkan senarai amal ibadah yang disenaraikan di dalam Buku K.P.I Tarbiyah ini secara harian dengan ikhlas dan penuh komitmen. Sebaik-baiknya ada peningkatan dari sudut perlaksanaan amal ibadah tersebut dari sehari ke sehari. 

Sebenarnya, ketika anda menanda prestasi amalan anda ini, ia adalah untuk muhasabah diri sendiri tentang tahap kesungguhan kita mempertingkatkan usaha memurnikan hati dan diri. Jangan sekali-kali ada perasaan 'ujub atau ingin melakukannya kerana mengharapkan pujian atau sanjungan orang lain. Kejayakan anda mengikhlaskan hati adalah hakikat sebenar kejayaan di dalam aktiviti K.P.I Tarbiyah ini.

Berikut adalah contoh amalan harian yang terdapat di dalam Buku K.P.I Tarbiyah :



Cubalah ! dan mujahadahlah! untuk mensucikan hati. Inshaallah anda akan tergolong dalam kalangan orang yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Selasa, 3 April 2012

PERMOHONAN BANTUAN UMUM PELAJARAN DI TUTUP MULAI 1 APRIL 2012


Assalamualaikum Wrt Wbt,

Untuk makluman semua pelajar Selangor, permohonan Bantuan Umum Pelajaran(BUP) bagi pelajar Selangor di Mesir ditutup sementara bertujuan untuk pihak Lembaga Zakat Selangor memproses segala permohonan bantuan tersebut yang melibatkan permohonan di dalam dan di luar negara. Permohonan Bantuan Umum Pelajaran ini hanya akan dibuka semula mulai Bulan Jun 2012.

Pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir hanya akan menerima borang permohonan BUP ini selepas tempoh permohonan ini dibuka semula nanti.

Terima kasih.



Sabtu, 17 Mac 2012

TUNTUTAN BAYARAN TUNGGAKAN SEWA ASRAMA


Assalamualaikum Wrt. Wbt,

Perhatian kepada penghuni asrama yang belum melunaskan yuran asrama dari Tahun 2011 sehingga Mac 2012, sila jelaskan yuran tersebut selewat-lewatnya 31 Mac 2012.

Sekiranya anda menghadapi masalah berkenaan perkara ini, sila rujuk ke Bahagian Pentadbiran Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor untuk perbincangan dan aduan.

Senarai nama boleh dirujuk di papan kenyataan yang disediakan.

Terima kasih.

Khamis, 15 Mac 2012

PEMULANGAN WANG DEPOSIT KELUAR ASRAMA



Kepada nama-nama berikut, sila hadir ke Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir untuk menuntut wang deposit Asrama anda :


1 NUR SYAKINAH BT ROSLY 891031-14-5870
2 NUR ATIAH BT ROSLAN 910111-14-5652
3 FADHILAH BT ABDUL HAMID DAHLAN 900619-77-5058
4 KHAIRUIZZAH BT HELMI AZHAR 910814-01-5694
5 MOHD AZLAN BIN ZAWAWI 880211-10-5397


Terima kasih.




 

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail