Selamat Datang

Portal ini merupakan alternatif kepada pelajar dan masyarakat untuk mendapatkan informasi berkaitan pengumuman , aktiviti dan program terkini yang melibatkan Pejabat HEP dan para pelajar Selangor di Mesir

Segala artikel,pengumuman dan berita yang tersiar adalah merupakan suara pejabat HEP Selangor namun segala komentar dan pandangan adalah pandangan peribadi pelayar ,bukan mewakili Pejabat HEP Selangor.segala pertanyaan ,aduan dan pandangan boleh dirujuk kepada Pejabat HEP Selangor Mesir +20224092392

WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Isnin, 29 Ogos 2011

PERUTUSAN EIDULFITRI 1432H PEGAWAI HEP SELANGOR MESIR


  السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ramadhan telah melabuhkan tirainya. Semoga Syawal yang tiba memberi sinar baru dalam diari kehidupan kita dalam menuju matlamat meraihkan kasih dan sayang Allah S.W.T.

Pada saat ini, marilah kita merenung kembali buat seketika tentang usaha-usaha ibadah yang telah kita lakukan sepanjang Bulan Ramadhan. Kesungguhan kita itu sewajarnya kita jelmakan dalam kehidupan kita selepas Ramadhan.

Kita mulakan langkah dengan penuh yakin, bertekad dan keazaman yang jitu untuk kita meneruskan usaha murni yang kita telah buktikan sepanjang Bulan Ramadhan di dalam bulan-bulan yang lain. Kita jadikan 1 Syawal ini sebagai pemangkin kepada perubahan yang ingin kita lakukan dengan kita istiqamah melaksanakan segala suruhan Allah S.W.T dan berusaha sedaya mungkin menjauhi segala laranganNya.

Eidulfitri merupakan satu lagi tanda sayang Allah S.W.T kepada orang yang beriman. Marilah kita mengisi nikmat Eidulfitri yang Allah kurniakan ini dengan sebaik mungkin dengan cara kita meraikan Hari Raya menepati kehendak Allah S.W.T seperti menghidupkan malam Eidulfitri dengan amalan berzikir dan membesarkan Allah dengan mengucapkan takbir, tasbih dan tahmid.

Selain itu, pada Hari Raya Eidulfitri ini sewajarnya menjadi medan mengukuhkan ukhuwwah dan persaudaraan sesama kita. Jadikanlah amalan kunjung mengunjung dan menziarahi saudara-mara dan sahabat-handai sebagai satu kemestian kerana penyatuan dan perpaduan merupakan tuntutan Islam. Allah berfirman di dalam Al-Quran, Surah Al-Hujurat, ayat 10 yang bermaksud:

Sungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Saya mendoakan kepada seluruh warga Malaysia khususnya para Mahasiswa dan mahasiswi Selangor yang berada di Mesir, Jordan,Morocco dan Syria, semoga Ramadhan yang kita lalui pada kali ini memberi natijah kemenangan yang besar dalam diri dan seluruh kehidupan kita di dunia dan di akhirat. Marilah kita berdoa semoga kita semua beroleh kecemerlangan yang diredhai Allah S.W.T, Insyaallah.

اللهُ أكبر ، الله أكبر ، الله أكبر ، الله أكبر ، الله أكبر، الله أكبر ، الله أكبر ، الله أكبر ، اللهُ أكبُر, وَللهِ الْحَمْدُ



MOHD FARYZAN BIN SUBKHI
Pegawai Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir
Cairo, Egypt.

Jumaat, 19 Ogos 2011

PROGRAM FORUM KEMERDEKAAN 2011



Pejabat HEP Selangor Mesir dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia(MAPIM) dan PMRAM akan mengadakan Forum Kemerdekaan pada :

Tarikh : 22 Ogos 2011
Venue : Dataran Hayyu Asyir
Masa  : Selepas Solat Tarawikh
Ahli Panel :
  Mohd Azmi bin Abdul Hamid ( Setiausaha Agung MAPIM)
  Dr. Jamnul Azhar bin Mulkan
  Ust. Muhammad Zuhaili bin Saiman ( Presiden PMRAM)

Seluruh mahasiswa Mesir dijemput HADIR LEBIH AWAL untuk menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan oleh penganjur. 

Sekian, terima kasih.

Selasa, 16 Ogos 2011

PENGUMUMAN CUTI SEMPENA NUZUL AL-QURAN



Sempena tanggal 17 Ramadhan 1432H bersamaan 17 Ogos 2011(Rabu), Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir akan bercuti selama sehari. Ia selaras dengan perlaksanaan di peringkat negeri bahawa tarikh tersebut merupakan cuti umum bagi rakyat Negeri Selangor darul Ehsan.

Pejabat akan beroperasi semula pada 18 Ogos 2011(Khamis), waktu perkhidmatan mulai 8.30 pagi hingga 2.30 petang tanpa waktu rehat.

Sekian dimaklumkan,





Isnin, 15 Ogos 2011

MEMO: INGATAN UNTUK PELAWAT/PERSATUAN



Ingatan penting ini ditujukan kepada individu, persatuan atau pertubuhan pelajar yang ingin mengadakan program ziarah atau lawatan mahabbah bertemu para penghuni di Asrama Selangor di Hayyu Asyir dan Raba'ah ; Anda dikehendaki memohon kebenaran bertulis kepada pihak Pejabat HEP Selangor Mesir dengan menyertakan bersama barangan atau edaran yang ingin diberikan seperti pamplet, iklan, borang kajiselidik dan lain-lain untuk diluluskan terlebih dahulu oleh pihak Pejabat.

Ini bertujuan untuk memastikan keharmonian dan semangat ukhuwah penghuni Asrama Selangor sentiasa dikekalkan.

Kegagalan anda berbuat demikian akan menyebabkan anda dianggap melanggar peraturan dan undang-undang keselamatan Asrama Selangor. 

Pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor berhak untuk merampas atau menghalang mana-mana individu atau badan persatuan yang tidak memenuhi syarat yang diberikan.

( Peraturan ini tidak tertakluk kepada persatuan rasmi Negeri Selangor-Badan Kebaikan Anak Selangor Mesir-BKASM )


Khamis, 4 Ogos 2011

WAKTU PERKHIDMATAN SEMPENA RAMADHAN



Dimaklumkan bahawa waktu perkhidmatan Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir sepanjang Bulan Ramadhan ialah :

8.30 PAGI SEHINGGA 2.30 PETANG
(SETIAP HARI AHAD - KHAMIS)
Tiada Waktu Rehat



Sekian, dimaklumkan.

Terima kasih.

Isnin, 1 Ogos 2011

RAMADHAN KARIM 1432H


Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1432H. Semoga Ramadhan tahun ini memberi seribu satu hikmah, pengajaran dan keberkatan buat kita semua demi mencapai kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Jadikan jua Ramadhan ini sebagai titk permulaan untuk kita melakukan perubahan ke arah yang lebih baik semata-mata mengharapkan keredhaan Allah SWT.

Semoga sentiasa tetap dalam prinsip dan perjuangan Islam.

Ramadhan Kareem.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail