Selamat Datang

Portal ini merupakan alternatif kepada pelajar dan masyarakat untuk mendapatkan informasi berkaitan pengumuman , aktiviti dan program terkini yang melibatkan Pejabat HEP dan para pelajar Selangor di Mesir

Segala artikel,pengumuman dan berita yang tersiar adalah merupakan suara pejabat HEP Selangor namun segala komentar dan pandangan adalah pandangan peribadi pelayar ,bukan mewakili Pejabat HEP Selangor.segala pertanyaan ,aduan dan pandangan boleh dirujuk kepada Pejabat HEP Selangor Mesir +20224092392

WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Isnin, 27 Jun 2011

SALAM PERPISAHAN KHAS DARIPADA PEJABAT HEP SELANGOR MESIR




Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir ingin mengucapkan salam perpisahan khas kepada dua (2) orang pegawai yang telah menamatkan perkhidmatan mereka di Mesir ini iaitu : 

Dato' Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan dan isteri Datin Jamilah Mohd Saleh yang telah menamatkan khidmat beliau dan pulang ke tanahair pada 20 Jun 2011. Yang berbahagia Dato' merupakan Pengarah Department of Malaysia Studies (DMS) di Cairo University. Pihak Pejabat HEP Selangor Mesir dan warga para pelajar Selangor di Mesir ingin merakamkan jutaan terima kasih atas segala sumbangan dan khidmat bakti Dato' kepada rakyat Malaysia di Mesir  khasnya segala usaha yang beliau lakukan untuk meningkatkan imej pendidikan Malaysia di mata warga Republik Arab Mesir ini.

Salam perpisahan juga ditujukan kepada Tuan Haji Md Zin bin Abu dan isteri, Hajah Habsah Omar yang merupakan Pegawai Anak Negeri Sembilan yang telah menamatkan perkhidmatannya secara rasmi dan pulang ke tanahair pada 24 Jun 2011. Segala ilmu dan kasih sayang yang beliau curahkan kepada warga pegawai-pegawai negeri dan pelajar Negeri Sembilan yang kami anggap beliau sebagai  'ayah'  amat kami hargai dan akan kami manfaatkan dalam kehidupan dan tugas berorganisasi.  

Dipihak Pegawai HEP Selangor dan keluarga, perkenalan yang amat singkat terhadap 2 pegawai yang amat berjasa ini merupakan perkenalan yang amat manis dan berguna dan segala kenangan bersama mereka akan tersemat di dalam hati sebagai antara mata-mata rantai ukhuwah fillah sepanjang hidup kami.

Semoga Dato' dan Tuan Haji serta pasangan, terus memberi khidmat terbaik walau dimana sahaja berada demi agama, bangsa dan negara. 

MESYUARAT SPKM DAN ANTARA AGENSI KALI KE 2/2011



Pegawai HEP Selangor Mesir, selaku salah seorang  Home based Staff (HBS) Kedutaan Besar Malaysia ke Kaherah(KBMK)  telah dijemput menghadiri sesi Mesyuarat Jawatankuasa Sistem Pentadbiran Kerajaan Malaysia(SPKM) & Mesyuarat Antara Agensi KBMK yang diadakan di Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK) pada 14 Jun 2011.

Mesyuarat yang diadakan secara berkala ini dipengerusikan oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Dato' Dr. Fakhruddin bin Abdul Mukti, Duta Besar Malaysia ke Mesir merupakan paltform yang terbaik bagi pihak kakitangan yang bertugas di luar negara(Mesir) untuk memberikan laporan, mengadakan perbincangan tentang isu-isu kebajikan, pendidikan, keselamatan dan apa jua permasalahan kepada pihak KBMK dan Education Malaysia of Egypt(EME) bagi memastikan setiap kakitangan yang bernaung di bawah KBMK dapat bertugas dengan lebih baik dan cemerlang.

Pelbagai isu dan perkara telah dibincangkan di dalam mesyuarat ini yang bertujuan sebagai penyelarasan kerja dan maklumat di antara pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah(KBMK) dengan para kakitangan HBS dan Ketua-ketua GLCs.

Mesyuarat ini juga merupakan medan ukhuwah dan tali penghubung antara kakitangan pelbagai agensi yang bernaung di bawah KBMK untuk saling berkenalan dan bertukar-tukar pandangan.

Semoga sesi mesyuarat ini memberi natijah yang baik demi memastikan tugas dan amanah yang dipikul oleh pegawai dan kakitangan dapat dilaksanakan dengan jayanya demi maslahah rakyat Malaysia khususnya para pelajar Malaysia yang berada di bumi Mesir ini.

Sabtu, 18 Jun 2011

DOA KAMI UNTUK ANDA SEMUA - SELAMAT MENEMPUH IMTIHAN 2011




Kami, kakitangan Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir ingin mengucapkan :  "SELAMAT MENEMPUH IMTIHAN" kepada seluruh warga Mahasiswa Selangor yang bermukim di Bumi Kinanah Mesir ini. Kami mendoakan semoga Allah memberikan natijah kemenangan kepada anda semua dalam perjuangan menuntut ilmu seterusnya menjadi murabbi kepada ummah, Negeri dan Negara tercinta.

Rakyat dan Negeri Selangor mendambakan sumbangan kalian semua.

Luruskan amanat dengan iktikad,
Selubung sejadah dalam anyaman,
Teruskan semangat dan juga tekad,
Segulung ijazah dalam genggaman.



Ikhlas dari kami :

Mohd Faryzan bin Subkhi,
Pegawai HEP Selangor Mesir

Mohd Daud bin Jamil,
Penolong Akauntan

Azura binti Abdul Rahman,
Kerani

Selasa, 31 Mei 2011

PEMULANGAN BAKI YURAN PENGAJIAN PELAJAR KULIAH PERUBATAN TAHUN SATU SESI 2010/2011



Bagi pelajar yang namanya terdapat dalam list nama di bawah, bolehlah menuntut cek masing2 di Pejabat HEP Selangor Mesir ( Hari: Ahad-Khamis, Masa: 8.30pagi-3.30ptg ).

Sila bawa bersama pasport dan Buku KPI Tarbiyah masing-masing semasa pengambilan cek.
  1. Afifah Shakila Binti Mohd Salleh  920602-10-6294
  2. Dina Adillah Binti Md Nasukha  920831-10-5770
  3. Hanis Zikri Binti Mohd Nahrawi  920529-08-5510
  4. Muhammad Munawir Bin Azman  920721-10-5649
  5. Muizzah Binti Zainodin   920607-10-6074
  6. Neena Farhana Binti Sani   921217-14-5750
  7. Nuratiqah Binti Mohd Rafine   920807-08-6696
  8. Nurhidayatul Husna Binti Shamsul Azmi  921001-14-6500
  9. Rabi'atul 'Adawiyah Binti Ahmad   920329-10-5046
  10. Siti A'isyah Binti Basir   921028-12-5320
  11. Siti Faiz Asikin Binti Mohd Abdullah  920125-10-5466
  12. Ummu Helma Binti Hassan  920917-10-5210
  13. Wan Ahmad Fawwaz Bin Wan Fuad  920102-10-5199






Ahad, 29 Mei 2011

MEMO PEJABAT HEP SELANGOR MESIR - KPI TARBIYAH




 MEMO


Daripada      : Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor, Mesir

Kepada        : Semua Mahasiswa Selangor Mesir (Banin / Banat)

Tarikh           : 25 Mei 2011

No. Rujukan : JAIS/HEP/01/09/05-02(10)

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

PENGUATKUASAAN PERLAKSANAAN KEY PERFORMANCE INDICATOR (K.P.I) TARBIYAH

Key Performance Indicator (KPI) Tarbiyah diwujudkan sebagai alat untuk menilai prestasi syakhsiyah Mahasiswa Selangor di Mesir secara tersusun dan bersistematik.

Arahan perlaksanaannya ini adalah sesuai dengan hasrat murni Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan untuk melahirkan mahasiswa yang cemerlang dalam segenap aspek termasuklah cemerlang disudut akademik, syakhsiah, akhlak dan ibadah.

Oleh itu, mulai 1 Jun 2011, Pejabat HEP Selangor Mesir akan menguatkuasakan perlaksanaan Key Performance Indicator (KPI) Tarbiyah kepada seluruh Mahasiswa Selangor yang menuntut di Mesir melalui beberapa perlaksanaan, iaitu :

A. Para pelajar yang berurusan di Pejabat HEP Selangor Mesir di kehendaki menghantar Buku KPI Tarbiyah anda kepada Pegawai HEP Selangor Mesir untuk beliau menyemak dan membuat penilaian prestasi tarbiyah anda.

B. Pastikan Buku KPI Tarbiyah anda telah ditandatangani terlebih dahulu oleh fasilitator(Naqib/ah) kumpulan ‘ISLAMIC CIRCLE' masing-masing sebelum menyerahkannya kepada pegawai.

C. Pegawai hanya akan menyemak Buku KPI Tarbiyah yang telah ditandatangani oleh fasilitator yang dilantik oleh Pejabat HEP Selangor Mesir sahaja.

D. Buku KPI Tarbiyah ini akan menjadi antara syarat untuk melayakkan pelajar memohon duduk di Asrama Selangor.

E. Seluruh Mahasiswa Selangor yang berada di Mesir WAJIB memiliki Buku KPI Tarbiyah ini.

F. Buku KPI Tarbiyah boleh di perolehi melalui :

                         1. Pejabat HEP Selangor Mesir                    02-24092392

                         2. Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) ;

                                     a. Muhammad Nor Radzie Bohari    014-2095448 (Ikhwah)
                                     b. Nur Hidayah binti Toher               011-4685696 (Akhawat)


Sekian, terima kasih.

“ MENGHARAP KEREDHAAN ALLAH”

“AMANAH, PRIHATIN, MESRA”


Yang melaksanakan amanah,

MOHD FARYZAN BIN SUBKHI
Pegawai Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir
Kaherah, Mesir



Selasa, 24 Mei 2011

SENARAI PENERIMA DERMASISWA ZAKAT (PENGAJIAN ISLAM) MESIR BAGI TAHUN 2011 (BAYARAN KALI KE 2)



BERIKUT ADALAH SENARAI PENERIMA DERMASISWA ZAKAT BAGI PELAJAR PENGAJIAN ISLAM MESIR BAGI TAHUN 2011(BAYARAN KE 2).

SILA AMBIL CEK ANDA DI PEJABAT HEP SELANGOR MESIR.
  1. ABDUL MUIZ BIN MOHAMAD     850629-10-5581
  2. ADLIA ARBI BT MAT NOOR   861026-43-5534
  3. AHMAD AMMAR FARHAN BIN ROHMAN 870420-10-5909
  4. AHMAD FAHMI BIN ISHAK 850722-14-5481
  5. AHMAD FIRDAUS BIN ISA 860802-13-5039
  6. AIZUDIN BIN ADAM    830615-14-6595
  7. AKMAL BIN AHMAD  841105-14-5625
  8. AMINULLAH BIN BAHRIN  881210-23-5047
  9. ANAS BIN MOHD BORHAN  850212-10-5949
  10. AZFAR KHAIRULAMMAR BIN ABD HALIM 870908-08-6131
  11. DINA BT JASMAN 851223-85-5010
  12. DZUL NAWAWI BIN MUNAWER 860519-43-5677
  13. ERNA AZNIRA BT ANUAR 851209-10-5598
  14. FAKHRUDDIN BIN OTHMAN 860212-43-5461
  15. FARAH NAZILAH BINTI MD RANI 900607-10-5540
  16. FATIMAH SURAIYA BINTI HJ HASSAN 871114-14-6096
  17. FATIN BT KHAIROLLAH 861129-43-5318
  18. HAKIMAH BINTI MOHAMED 860424-56-5022
  19. HASLITA BT ZAINUDIN 850107-10-6026
  20. HAZRATI BINTI YAHAYA 870805-87-5058
  21. HILYATUN NUFUS BINTI A YAZID 870827-43-5352
  22. HUMAIDY BIN HAMDAN 830529-10-5543
  23. ISA BIN MOHAMED HANAFIAH 840225-10-5623
  24. KAMARIAH BIN JAAPAR 841121-10-5586
  25. KHAIRUN ATIQAH BINTI KHAIRUDDIN 871104-10-5346
  26. KHUZAIFAH BIN MAT NOOR 861122-38-6357
  27. MARDHIAH BINTI ABDULLAH RAHIM 860728-56-6972 
  28. MARNAWI BIN ABDUL AZIZ 870219-10-5317
  29. MAWADDAH WARAHMAH BINTI MOHD KHAIRI 861225-91-5004
  30. MOHAMMAD NAIM BIN MOHD NAZRI 871107-14-5351
  31. MOHD ADLAN BIN MOKHTARUDDIN 860206-10-5255
  32. MOHD AFANDI BIN SULAIMAN 860723-10-5077
  33. MOHD AKMAL BIN A. RAHIM 841005-14-5409
  34. MOHD AZUAN BIN SULAIMAN 870511-10-5437
  35. MOHD FAKHRURRAZI BIN MAHAMMAD 890826-10-5069
  36. MOHD FAUZAN BIN ABDULLAH 870623-43-5617
  37. MOHD FITRI BIN ABDUL RAHMAN 870529-43-5151
  38. MOHD HAFIDZ BIN YAHAYA 850914-10-5791
  39. MOHD HANIFF BIN MOHD SARWANA 880327-03-5079
  40. MOHD HAZRI BIN SARMAN 861006-43-5035
  41. MOHD KAMIL BIN MOHD AMIN 870808-62-5011
  42. MOHD KHOIRUN BIN ABDUL BASIR 870203-43-5151
  43. MOHD NUR AFZAN BIN AB.WAHAB 850327-14-5959
  44. MOHD QAEDI BIN MASNAN 860124-10-5315
  45. MOHD RUSDY BIN BAHARUDDIN 830226-71-5037
  46. MOHD SUHAIL BIN MOHD SUFIAN 861207-29-5673
  47. MOHD YASIER BIN ZANIL 870517-56-5215
  48. MOHD YASIR BIN MOHD RAZI 830124-10-5377
  49. MOHD YUNUS BIN HAJI MOHD YASSIN 880114-14-5071
  50. MOHD ZAHID BIN ADANAN 871214-10-5179
  51. MOHD ZAKUAN BIN MOHD SOID 891015-10-6185
  52. MOHD ZULFADHLI BIN ZULKIFLI 850928-10-6381
  53. MUHAMAD FAIQ BIN MOHAMAD SULTAN 880917-43-5531
  54. MUHAMAD HAZAZI BIN SANUSI 871101-43-5681
  55. MUHAMAD SOLAHUDDIN AL-ANSORI BIN ISMAIL 850218-03-5937
  56. MUHAMMAD AFIF BIN MOHD SALLEH 871122-14-6009
  57. MUHAMMAD FADHIL BIN HASANUDDIN 850319-14-6855
  58. MUHAMMAD FAIZAL BIN ABDULLAH 860910-56-6565
  59. MUHAMMAD HAIRULLAH BIN HASSIM 860829-43-5699
  60. MUHAMMAD QUSYAIRI BIN ALI 890608-10-5095
  61. MUHAMMAD ZIHNI BIN KHALID 840730-10-5069
  62. MUSTAFFA BIN NOR 861222-43-5427
  63. NADIAH BT ROSLAN 870211-14-5488
  64. NOOR FAEZAH BT MOHD YUSOF 870623-10-5028
  65. NOR HABSAH BT DAUT 820623-10-5014
  66. NOR SAADAH BINTI MOHD ORIP 841211-10-5846
  67. NORAQILAH BT MOHD SULOR 870907-05-5480
  68. NORHAIDA BINTI AB RASHID 840706-08-5934
  69. NORHANIZAM BINTI SAION 861207-43-6130
  70. NORUL SYAMIMI BINTI MISRONI 870314-10-5120
  71. NUR ATTIQA ELFIA BIN ABD WAHAB 860820-38-6708
  72. NUR FARHANA BT OTHMAN 860907-56-5764
  73. NUR FATIN BINTI HALIL 880429-02-5170
  74. NUR MARYAM BINTI BORHAN 830501-04-5008
  75. NURHAFIZZAH BT MOHAMMAD DARMALINGAM 871204-08-5848
  76. NURUL HUDA BINTI AHMAD ALI 850806-14-6270
  77. NURUL NUR AKMA BT BORHANODIN 870203-10-5064
  78. NURUL ZAHIRA BT MOHD AFANDI 851119-05-5080
  79. NUSAIBAH BT ROSLAN 880314-02-5920
  80. SALMAN BIN KOSEN 850723-10-5705
  81. SITI AISHAH HANIN BINTI RAMLI 860922-56-5922
  82. SITI FAHRINA BINTI AHMAD 851204-10-5636
  83. SITI FATIMAH BINTI HAZIZ 870207-43-5140
  84. SITI NOR HAMIZA BINTI SARMAN 870813-10-5096
  85. SITI RODHIAH BT OTHMAN 850329-10-5002
  86. SITI SARAH BINTI ABD RAHIM 871208-14-5342
  87. SITI SARAH BT ABDUL HALIM 891019-14-5202
  88. SITI ZAKIAH BT SALLEH 850716-08-6024
  89. SUHANA BINTI SHAHDAN 850228-14-6438
  90. SURYATIE BT KAMAL 870610-08-5080
  91. UMMU SYAIFA' BT ABDULL GHAFUR 871008-10-5020 
  92. WAN AHMAD AMINI BIN WAN MOHD 860327-14-5181
  93. ZAKIAH BINTI MOHAMMAD IKHSAN 860520-43-5172
PERHATIAN :

1. Kepada sebahagian lagi pelajar I'adah, nama tercicir dan BUP Perubatan, bantuan anda masih diproses oleh LZS. Kesabaran dan ketabahan anda dalam fatrah imtihan ini amat-amat diharapkan. Semoga Allah permudahkan segala urusan.

2. Bantuan Pinjaman Sara Diri untuk anda semua masih dibuka. Sila berhubung terus ke pejabat atau melalui naqib/ah 'Islamic Circle' atau bertemu pegawai secara personal.

3. Kepada Mahasiswa yang nama mereka tiada dalam senarai di atas, sila hubungi Pejabat HEP Selangor Mesir (8.30 pagi hingga 3.30 petang, Ahad- Khamis) untuk mengetahui status anda.



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail