Selamat Datang

Portal ini merupakan alternatif kepada pelajar dan masyarakat untuk mendapatkan informasi berkaitan pengumuman , aktiviti dan program terkini yang melibatkan Pejabat HEP dan para pelajar Selangor di Mesir

Segala artikel,pengumuman dan berita yang tersiar adalah merupakan suara pejabat HEP Selangor namun segala komentar dan pandangan adalah pandangan peribadi pelayar ,bukan mewakili Pejabat HEP Selangor.segala pertanyaan ,aduan dan pandangan boleh dirujuk kepada Pejabat HEP Selangor Mesir +20224092392

WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Rabu, 6 April 2011

MESYUARAT PERHUBUNGAN DAN HAL EHWAL PELAJAR


Pejabat HEP Selangor telah mengadakan satu Mesyuarat Perhubungan Dan Hal Ehwal Pelajar dengan menjemput Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) yang merupakan persatuan yang mewakili pelajar-pelajar Selangor di Mesir ini untuk duduk bersama membincangkan pelbagai isu berkaitan hal ehwal pelajar Selangor.

Mesyuarat yang diadakan ini merupakan medan bagi pihak BKASM mengutarakan pelbagai isu dan permasalahan khususnya berkaitan isu kebajikan dan pendidikan yang berlaku dikalangan para pelajar Selangor untuk diselesaikan secara bersama disamping medium bagi Pejabat HEP mendengar dan mengambil perhatian terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan.

Komitmen yang begitu tinggi ditunjukkan oleh YDP dan barisan kepimpinan BKASM dengan hadir di dalam pertemuan tersebut bahkan momentum ini akan diteruskan untuk bulan-bulan seterusnya bagi memastikan segala permasalahan dikalangan pelajar Selangor dapat diatasi dengan secara kolektif. 

Isnin, 4 April 2011

ZIARAH PEGAWAI KE RUMAH SEWA SIRI 2

Pejabat HEP Selangor meneruskan siri jelajah ke rumah-rumah sewa dengan tujuan untuk mengukuhkan ukhuwah yang sedia terjalin dengan para pelajar Selangor sambil menyelami permasalahan pelajar secara lebih dekat.

Kehadiran pihak pejabat yang diwakili oleh Ustaz Mohd Faryzan Subkhi selaku Pegawai HEP Selangor Mesir diberi sambutan cukup baik dan ceria oleh para pelajar. Saudara Izwan Sulaiman selaku wakil ahli rumah mengucap terima kasih dan rasa cukup gembira diatas kesudian pegawai negeri untuk turun bertemu pelajar.

Program yang turut disertai oleh Ahli Badan Pengurus PMRAM dan BKSAM diadakan dalam suasana kemesraan sambil berbincang tentang isu pendidikan, kebajikan dan keselamatan.

Sesi ucapan pegawai secara ringkas juga turut diadakan. Antara amanat penting pegawai ialah harapan beliau agar ukhuwah sesama pelajar sentiasa dipelihara dan meningkatkan kecemerlangan dalam segenap aspek kerana ia adalah matlamat utama kehadiran mereka ke Mesir. Disamping itu perkara lain yang perlu diberi perhatian khususnya soal keselamatan diri yang perlu dipelihara dalam suasana tidak menentu Mesir hari ini.

Program jelajah ini akan diteruskan ke rumah-rumah sewa yang lain dalam usaha pihak Pejabat HEP Selangor mencapai matlamat yang diharapkan.

Pejabat HEP Selangor mengucap ribuan terima kasih atas sambutan sohibul bait yang amat bermakna terhadap rombongan kami.

Ahad, 3 April 2011

PENGUMUMAN

Pejabat HEP Selangor Mesir dengan kerjasama Education Malaysia(EM) sedang berusaha menyelesaikan masalah pelajar-pelajar kuliah perubatan yang nama mereka belum sampai ke universiti. Perkara ini timbul kerana masalah birokrasi yang sedia wujud di Negara Mesir ini.

Diharap kepada pelajar-pelajar terlibat agar dapat bersabar dan berdoa semoga segala kerumitan yang berlaku dapat diselesaikan dengan segera.

Pihak kami akan berusaha melakukan yang terbaik demi memastikan para pelajar dapat menghadiri kuliah pengajian dengan sempurna.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila hubungi talian Pejabat HEP Selangor : (002)02-24092392.


Mohd Faryzan bin Subkhi
Pegawai HEP Selangor Mesir
Kaherah, Mesir.

PELANCARAN KELAB DAIE SELANGOR


Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKASM) telah mengadakan Program Pengenalan Kelab Daie di Pusat Aktiviti Pelajar Selangor, Hayyu Sabi', Kaherah.

Program Kelab Daie ini dirasmikan oleh Ustaz Mohd Faryzan bin Subkhi, Pegawai HEP Selangor Mesir dalam satu majlis yang cukup meriah juga diserikan dengan slot diskusi bertajuk "Dakwah Lapangan" bersama ahli panel jemputan. 

Di antara isi ucapan pegawai ialah tentang kepentingan kerja dakwah yang semakin dilupakan oleh umat Islam hari ini dan kemampuan menguasai manhaj(method) dakwah adalah antara kemahiran yang penting demi mencapai matlamat dalam gerakan dakwah. Semuanya ini hanya boleh dicapai melalui ilmu dan pengalaman yang berjalan seiring. Oleh itu, pelajar perlu turun berdamping bersama masyarakat pelajar lain tanpa mengira latarbelakang dan fahaman untuk mengukuhkan ukhuwah disamping mengajak mereka untuk bersama-sama melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Pembinaan akhlak dan menjaga hubungan baik dengan Allah  juga amat penting kerana faktor keberkesanan kerja dakwah adalah terletak dibawah neraca penilaianNya.

Dalam masa yang sama, kecemerlangan akademik juga perlu diberi perhatian kerana ia merupakan matlamat utama mereka hadir ke bumi Mesir ini.    

Jumaat, 1 April 2011

PERINGATAN TENTANG KESELAMATAN



Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor amat mengambil berat soal keselamatan pelajar sepanjang keberadaan mereka di Negara Mesir ini. Kes-kes yang berlaku seperti samun, kecurian dan ugutan ke atas pelajar di sekitar Hayyu 'Asyir dan cawangan-cawangan yang lain sejak akhir-akhir ini menuntut agar para pelajar tidak memandang ringan soal keselamatan diri mereka. Garis panduan yang telah di keluarkan oleh pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah wajar dipatuhi demi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Terbaru, semalam diberitakan seorang pelajar Selangor diperas ugut di kawasan Walidain dan Bawabah Talitah sehinggakan diacukan pistol sebagai ancaman. Beberapa lagi kes sebelum ini yang berlaku sebenarkan memberi peringatan yang jelas kepada kita semua mahasiswa untuk menjaga keselamatan diri dengan semaksima mungkin dan mengambil langkah sangat berjaga-jaga pada satiap masa lebih-lebih lagi ketika berada di luar
Sebarang aduan keselamatan dan musibah, sila berhubung dengan pihak kami di talian pejabat : (002)02-24092392 atau Pegawai Selangor : 014-2441046 atau hubungi wakil-wakil persatuan pelajar yang berhampiran dengan kediaman anda.

Seluruh pelajar Selangor di setiap muhafazah dingatkan agar mengambil perhatian tentang perkara berikut :

1. Sila patuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK).
2. Sila patuhi arahan perintah berkurung yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Tertinggi Angkatan Tentera Mesir yang bermula jam 12 pagi hingga 6 pagi. Namun, diminta untuk berada di dalam kediaman masing-masing selewat-lewatnya jam 10 malam.
3. Dilarang menyertai sebarang perhimpunan atau aktiviti yang berbaur politik tempatan.
4. Elakkan mengulas sebarang isu politik yang berlaku di Mesir dengan warga Arab tempatan.
5. Pastikan tidak keluar seorang diri samada siswa atau siswi.
6. Pastikan kediaman dikunci rapi sebelum keluar.
7. Jangan terpedaya dengan dakwaan warga Arab tempatan sebagai “mabahis”.

Beringat sebelum kena, keselamatan diri dan nyawa perlu diutamakan.

ZIARAH PEGAWAI KE IMARAH DAN RUMAH SEWA SIRI 1



Pada hari Selasa, 29 Mac 2011, Pegawai HEP Selangor telah melakukan ziarah ke Rumah Penginapan Sementara pelajar Selangor di Hayyu Sabe'.

Lawatan bertujuan untuk merapatkan hubungan antara pegawai dan pelajar disamping mendengar sebarang aduan, keluhan atau rungutan berkaitan kebajikan, kesihatan dan keselesaan pelajar.

Program ini mendapat kerjasama dan respon yang amat baik daripada para pelajar.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail