Selamat Datang

Portal ini merupakan alternatif kepada pelajar dan masyarakat untuk mendapatkan informasi berkaitan pengumuman , aktiviti dan program terkini yang melibatkan Pejabat HEP dan para pelajar Selangor di Mesir

Segala artikel,pengumuman dan berita yang tersiar adalah merupakan suara pejabat HEP Selangor namun segala komentar dan pandangan adalah pandangan peribadi pelayar ,bukan mewakili Pejabat HEP Selangor.segala pertanyaan ,aduan dan pandangan boleh dirujuk kepada Pejabat HEP Selangor Mesir +20224092392

WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Isnin, 10 Disember 2012

MAKLUMAT BERKAITAN URUSAN PENGAJIAN

Berikut  sedikit maklumat melalui email yang boleh dikongsikan untuk makluman dan perhatian kepada pelajar yang baru 2012/2013- Pengajian Islam.

Assalamualaikum.
Berkaitan masalah-masalah yang ditimbulkan oleh Us. Nik Hamdi dan Us. Farizan sebelum ini, saya kongsikan maklumat berikut:

1. Ifadah
Semua pelajar baru memang tidak akan diberikan ifadah setahun kerana di peringkat awal, nama mereka belum muqayyad tetapi hanya murashshah. Apabila fail dihantar ke Azhar, para pelajar dikira murashshah. Selepas beberapa bulan, apabila kelulusan security (amn daulah) didapati, barulah pelajar dikira muqayyad dan boleh mendapat ifadah setahun.

2. Pelajar lulus IQ di Malaysia
Pihak Robitoh bersetuju untuk mengecualikan para pelajar tersebut daripada menduduki IQ semula. Walau bagaimanapun, mereka perlu membayar yuran peperiksaan USD50 dan EGP35 (ifadah najah). Di samping itu, yuran pengajian untuk 200 jam di markaz lughah sebanyak EGP1,200. Semua bayaran tersebut perlu dijelaskan selewat-lewatnya Selasa minggu hadapan. Para pelajar akan mengikuti pengajian di Markaz Lughah selepas peperiksaan semester pertama.
Untuk makluman semua, EME tiada kaitan dengan isu Yayasan Sofa tetapi hanya membantu menyelesaikan masalah pelajar di sini agar diterima masuk tanpa peperiksaan ulangan. 
 
3. Fail pelajar telah dihantar ke Maktab Tansiq Al-Azhar. Isol tansiq sebahagiannya telah didapati dan EME telah menghantar salinannya kepada pihak Markaz Lughah. Sebahagian lagi isol akan didapati dalam jangka terdekat.

Semoga penjelasan tersebut dapat menjawab persoalan tuan-tuan. Sekian, terima kasih. 


Nor Zakiah binti Zaidon
Atase Pendidikan
Education Malaysia Egypt
+2 0114-5844474

Sabtu, 8 Disember 2012

TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA



Pejabat HEP Selangor Mesir ingin merakamkan penghargaan dan tahniah teristimewa untuk para graduan Al-Azhar khasnya anak-anak Selangor yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka pada tahun ini.

Semoga ilmu yang ditimba sekian lama di bumi Mesir ini, dapat dicurahkan kembali kepada ummat yang sememangnya dahaga dengan siraman iman dan ketaqwaan.

Ingatlah setiap diri kalian wajib berperanan sebaik mungkin kepada masyarakat sesuai dengan amanah ilmu yang dipikul. Semoga Allah permudahkan segala langkah kehidupan dan sentiasa di bawah rahmat dan keredhaan Allah.

Tahniah dan syabas diucapkan.

Selasa, 30 Oktober 2012

PENGUMUMAN PENTING


Perhatian kepada para pelajar yang masih mempunyai rekod tunggakan hutang bil api dan pinjaman kecemasan wang Pejabat HEP Selangor,  mohon supaya dapat dilangsaikan hutang dan pinjaman tersebut dengan sesegera mungkin SEBELUM 30 NOVEMBER 2012.

Perhatian, nama-nama pelajar yang masih belum melangsaikannya selepas tarikh tersebut akan ditampal di papan kenyataan asrama.
 
Sila hadir ke pejabat untuk berurusan. Untuk makluman, Pejabat di buka mulai jam 8.30 pagi hingga 3.30 petang, setiap hari kecuali Hari Jumaat dan Sabtu.

Sebarang masalah dan perundingan masih terbuka pada bila-bila masa.

Terima kasih.

Khamis, 25 Oktober 2012

SELAMAT HARI RAYA EIDULADHA



Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir ingin mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDULADHA" kepada seluruh umat Islam.

Sempena kita merayakan hari ini, perkhidmatan pejabat akan ditutup buat sementara waktu mulai JUMAAT SEHINGGA AHAD/ 26 - 28 OKTOBER 2012.

Operasi kami akan bermula kembali pada Hari Isnin, 29 Oktober 2012.



Semoga kita mendapat keredhaan ALlah SWT.

PEMULANGAN DEPOSIT ASRAMA LE100


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH.

PERHATIAN KEPADA PARA PELAJAR SELANGOR YANG TELAH KELUAR ASRAMA DAN RUMAH SELANGOR RABA'AH, ANDA DIKEHENDAKI HADIR KE PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR UNTUK MENGISI BORANG KELUAR ASRAMA DAN RUMAH DENGAN KADAR SEGERA.

PIHAK KAMI AKAN MEMULANGKAN KEMBALI DEPOSIT ASRAMA SEBANYAK LE100.00 SETELAH ANDA SELESAI MENGISI BORANG TERSEBUT.

KERJASAMA DARIPADA SEMUA, AMAT DIHARAPKAN.

TERIMA KASIH.




Selasa, 23 Oktober 2012

PANDUAN KESELAMATAN PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR SELANGOR MESIR




PANDUAN KESELAMATAN
PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR SELANGOR MESIR
  1. PELAJAR TIDAK DIBENARKAN KELUAR SECARA BERSENDIRIAN MELAINKAN SECARA BERKUMPULAN DENGAN KEIZINAN PIHAK  PEJABAT ATAU BKASM;
  2.  TIDAK DIGALAKKAN MEMBAWA BARANG-BARANG PENTING DAN BERNILAI; 
  3.  SEBAIKNYA ELAKKAN MENGGUNAKAN BEG SANDANG KERANA BOLEH MENARIK PERHATIAN PENJENAYAH;
  4. UNTUK PELAJAR  AKHAWAT, UNTUK KESELAMATAN BAGI MENGELAKKAN GANGGUAN SEKSUAL, UGUTAN DAN LAIN-LAIN, SILA BAWA BERSAMA ALAT KESELAMATAN;
  5. JAUHKAN DIRI DARIPADA MENGHAMPIRI KUMPULAN WARGA TEMPATAN(ARAB) SEKIRANYA DILIHATKAN MENCURIGAKAN;
  6.  RANCANG KESELAMATAN UNTUK SEBARANG AKTIVITI ATAU PERGERAKAN KELUAR.
UNTUK PELAJAR DI ASRAMA ;
  • SILA PASTIKAN PINTU DAN TINGKAP BERKUNCI SEBELUM KELUAR BERURUSAN;
  • SILA PASTIKAN LANGKAH KESELAMATAN DITITIKBERATKAN APABILA HENDAK KELUAR BERURUSAN;
  • SEKIRANYA ANDA PERLU KELUARKAN WAKTU MALAM DAN PULANG LEWAT, SILA MAKLUMKAN KEPADA PIHAK BKASM ATAU PEGAWAI ;
  • PASTIKAN TIADA WARGA ARAB TEMPATAN BERLEGAR-LEGAR DI KAWASAN ASRAMA. SEKIRANYA WUJUD ORANG YANG MENCURIGAKAN, SILA HUBUNGI PIHAK BKASM ATAU PEGAWAI.
  • BAGI PELAJAR AKHAWAT, SILA PASTIKAN ANDA KEMBALI KE ASRAMA SEJAM SEBELUM WAKTU MAGHRIB.  SEKIRANYA ADA SEBARANG URUSAN PENTING ATAU BANTUAN SELEPAS WAKTU TERSEBUT SILA HUBUNGI PIHAK BKASM;
  • PINTU UTAMA ASRAMA AKAN DITUTUP MULAI JAM 12.00 MALAM.
        BAGI PENGHUNI RUMAH SEWA ;
  • PASTIKAN PINTU DAN TINGKAP BERKUNCI SEBELUM KELUAR BERURUSAN;
  • SILA PASTIKAN LANGKAH-KESELAMATAN DITITIKBERATKAN APABILA HENDAK KELUAR BERURUSAN
  • SEKIRANYA ANDA PERLU KELUARKAN WAKTU MALAM DAN PULANG LEWAT, SILA MAKLUMKAN KEPADA PIHAK BKASM ATAU PEGAWAI ;
  • PASTIKAN TIADA WARGA ARAB TEMPATAN BERLEGAR-LEGAR DI KAWASAN RUMAH. SEKIRANYA WUJUD ORANG YANG MENCURIGAKAN, SILA HUBUNGI PIHAK BKASM ATAU PEGAWAI.
  • BAGI PELAJAR AKHAWAT, SILA PASTIKAN ANDA KEMBALI KE RUMAH SEJAM SEBELUM MAGHRIB.  SEKIRANYA ADA SEBARANG URUSAN PENTING SELEPAS WAKTU TERSEBUT SILA MAKLUMKAN KEPADA PIHAK BKASM.
  • SEGALA KES-KES YANG MENIMPA KEPADA PELAJAR HENDAKLAH DILAPORKAN KEPADA PIHAK PEGAWAI ATAU BKASM DENGAN SESEGARA MUNGKIN UNTUK TINDAKAN PIHAK POLIS MESIR.
  • UNTUK SEBARANG KEPERLUAN DAN KECEMASAN SILA HUBUNGI TALIAN HOTLINE :

ABDUL MUN’IM BIN ABDUL SHUKOR (YDP BKASM)   
0114-1862261
SAIFULLAH BIN ABU BAKAR ( KETUA UNIT HISBAH)
0114-2440790
SOLEHUDDEN HATWI (KETUA OPERASI KESELAMATAN)
0111-3204880
ZAIM  ( KETUA KORUS)                                      
0111-2866518
AISYAH ISMAIL ( YDPH BKASM)                       
0114-2454752
ROZANA BINTI MASNAN ( TIMB. KETUA UNIT HISBAH)
0111-1722389
NUR NADASYIFA’  (TIMB. KORUS)                                  
0112-3604226

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail