Selamat Datang

Portal ini merupakan alternatif kepada pelajar dan masyarakat untuk mendapatkan informasi berkaitan pengumuman , aktiviti dan program terkini yang melibatkan Pejabat HEP dan para pelajar Selangor di Mesir

Segala artikel,pengumuman dan berita yang tersiar adalah merupakan suara pejabat HEP Selangor namun segala komentar dan pandangan adalah pandangan peribadi pelayar ,bukan mewakili Pejabat HEP Selangor.segala pertanyaan ,aduan dan pandangan boleh dirujuk kepada Pejabat HEP Selangor Mesir +20224092392

WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Selasa, 3 April 2012

PERMOHONAN BANTUAN UMUM PELAJARAN DI TUTUP MULAI 1 APRIL 2012


Assalamualaikum Wrt Wbt,

Untuk makluman semua pelajar Selangor, permohonan Bantuan Umum Pelajaran(BUP) bagi pelajar Selangor di Mesir ditutup sementara bertujuan untuk pihak Lembaga Zakat Selangor memproses segala permohonan bantuan tersebut yang melibatkan permohonan di dalam dan di luar negara. Permohonan Bantuan Umum Pelajaran ini hanya akan dibuka semula mulai Bulan Jun 2012.

Pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir hanya akan menerima borang permohonan BUP ini selepas tempoh permohonan ini dibuka semula nanti.

Terima kasih.



Sabtu, 17 Mac 2012

TUNTUTAN BAYARAN TUNGGAKAN SEWA ASRAMA


Assalamualaikum Wrt. Wbt,

Perhatian kepada penghuni asrama yang belum melunaskan yuran asrama dari Tahun 2011 sehingga Mac 2012, sila jelaskan yuran tersebut selewat-lewatnya 31 Mac 2012.

Sekiranya anda menghadapi masalah berkenaan perkara ini, sila rujuk ke Bahagian Pentadbiran Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor untuk perbincangan dan aduan.

Senarai nama boleh dirujuk di papan kenyataan yang disediakan.

Terima kasih.

Khamis, 15 Mac 2012

PEMULANGAN WANG DEPOSIT KELUAR ASRAMA



Kepada nama-nama berikut, sila hadir ke Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir untuk menuntut wang deposit Asrama anda :


1 NUR SYAKINAH BT ROSLY 891031-14-5870
2 NUR ATIAH BT ROSLAN 910111-14-5652
3 FADHILAH BT ABDUL HAMID DAHLAN 900619-77-5058
4 KHAIRUIZZAH BT HELMI AZHAR 910814-01-5694
5 MOHD AZLAN BIN ZAWAWI 880211-10-5397


Terima kasih.




 

Rabu, 7 Mac 2012

SENARAI NAMA PENERIMA DERMASISWA PENGAJIAN ISLAM PERINGKAT PERTAMA (KUMPULAN 2) 2012- BAYARAN MELALUI CEK




PERHATIAN :

1. Bayaran dilaksanakan 2 kali setahun mulai tahun 2012. Bayaran pertama sebanyak RM5,000.00 akan diberikan dalam bulan Januari/Februari dan bayaran ke dua sebanyak RM2,500.00 akan dibayar setiap bulan Jun.

2. Berdasar kepada makluman oleh pihak Lembaga Zakat Selangor, pemberian wang zakat akan diberikan secara terus ke akaun pelajar dan sebilangan kecil pelajar akan disalurkan ke akaun TT Pejabat HEP Selangor Mesir yang berada di Kaherah.

3. Bagi Kumpulan yang akan menerima wang melalui akaun peribadi, pihak Lembaga Zakat Selangor memaklumkan akan mulai memasukkan wang Dermasiswa anda pada hari Selasa, 21 Februari 2012. Namun, kebiasaannya ia memerlukan tempoh 2-3 hari sebelum  anda boleh mengeluarkannya daripada akaun anda.

4. Bagi kumpulan yang akan menerima wang melalui akaun TT Pejabat HEP Selangor Mesir, cek boleh diambil mulai 7 Mac 2012(Rabu).

5. Berikut adalah senarai nama penerima Dermasiswa Zakat Pengajian Islam Peringkat pertama 2012- Pembayaran melalui akaun TT Pejabat HEP Selangor Mesir :

1 ABDULLAH SHAHRUL BIN ROSLI 870218-10-5673
2 AHMAD AMMAR FARHAN BIN ROHMAN 870420-10-5909
3 AMINULLAH BIN BAHRIN 881210-23-5047
4 FATIN BT MOHD LAZIM 890303-06-5248
5 KAMARUL AZUAN BIN  KAMAL HIZAR 870313-08-6343
6 MAZIAH BT JALALUDIN 860927-56-5438
7 MOHAMMAD FARID BIN MOHD ARBI 870712-14-6219
8 MOHAMMAD ZAKI BIN MOHD NASIR 841206-10-5331
9 MOHD AFANDI BIN SULAIMAN 860723-10-5077
10 MOHD AZMIR  BIN RAHMAN 860731-43-5885
11 MOHD FAKHRURRAZI BIN MAHAMMAD 890826-10-5069
12 MOHD REDZUAN BIN SAMSUDIN 870102-43-5275
13 MOHD SAIFULLAH BIN ABU BAKAR 860224-33-5863
14 MOHD ZAKUAN BIN MOHD SOID 891015-10-6185
16 MUHAMMMAD NAIM BIN MD SALLEH 860907-59-5349
17 MUKHSIN BIN MUKHYUDDIN 841023-10-5179
18 NAJMUDDIN BIN MOHD SAPIE 850329-10-5467
19 NOOR HIDAYAH BT MAT TOHER 871030-10-5238
20 NORHAYATI BT MD DZAHIR 860321-56-5580
21 NURHUDAH BT MHD YUSOP 840315-05-5324
22 NURUL KHAIRIYAH BT MISBAH 860528-43-5222
23 SAIFUL ISLAM BIN MOHD SAFFIAAI 860415-85-5079
24 SHAHRUL ZAMAN BIN SHAHRUDIN 870721-56-5351
25 SITI AISHAH HANIN BT RAMLI 860922-56-5922
26 SITI ERNA BT SELAMAT 890429-10-5372
27 SITI FAIRUZ BT ABDUL RAZAK 870822-10-5346
28 SITI FATHIYAH BT MOHD RAZI 870531-56-5182
29 SITI FATIMAH BT HAZIZ 870207-43-5140
30 SITI HAWA BT ABD MAJID 870814-43-5070
31 SITI SARAH BT ABDUL HALIM 891019-14-5202
32 SUHAILI BT NOREDAN 871129-02-6150
33 UMMU SYAIFA' BT ABDUL GHAFUR 871008-10-5020
34 WAN MOHD ZAIM BIN WAN SAPIANSORI 870312-56-5369
35 MUHAMMAD AMINURRASYID BIN ZAHARI 890311-43-5333
36 NUR SYAZWANI BT MOHAMAD RASHDI 900704-14-5448
37 HAIDAR BIN MAHMUD 870111-87-5029
 

Isnin, 27 Februari 2012

ISU URUSAN VISA - DAPAT TAMBAHAN HARI LAGI - HARI SELASA


Tarikh:  26 Februari 2012


Kepada:  Semua Ketua Agensi Sektor Pendidikan
              di Kedutaan Besar Malaysia Kaherah


Tuan/Puan,

Susulan daripada surat saya ruj. SR(081)617/1  bertarikh 22 Februari 2012 mengenai perkara di atas dan sebagai langkah berterusan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelajar Malaysia di Mesir, sukacita dimaklumkan bahawa TYT Duta Besar dan diiringi oleh dua orang pegawai Kedutaan Besar Malaysia Kaherah telah mengadakan pertemuan dengan General Mohammed Wahbah Ibrahim, Ketua Pengarah Pentadbiran Pasport, Imigresen dan Kewarganegaraan Mesir di bangunan Mugamma Tahrir pada hari ini 26 Februari 2012. Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah Colonel. Dr. Mustafa el Adawy, Pengarah Bahagian Visa di Pentadbiran Pasport, Imigresen dan Kewarganegaraan Mesir. 

2.  Tujuan utama pertemuan tersebut adalah untuk membincangkan dan mencari jalan paling sesuai untuk memperbaiki urusan memperbaharui visa oleh para pelajar Malaysia di sekitar Kaherah.  Dalam hal ini, adalah dimaklumkan bahawa pihak Pentadbiran Pasport, Imigresen dan Kewarganegaraan Mesir bersetuju untuk turut menetapkan hari Selasa sebagai hari para pelajar Malaysia berurusan dengan pihak berkuasa Mesir di Buuth Islamiah Abbassiah.

3.   Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan/puan adalah dipohon untuk menghebahkan makluman ini kepada semua para pelajar yang berkenaan. Sila maklumkan kepada Kedutaan sekiranya pihak berkuasa Imigresen  di Buuth Islamiah Abbasiah tidak memberikan perkhidmatan  sewajarnya kepada para pelajar Malaysia. Makluman terbaharu dan perkembangan terkini dalama usaha ini akan disampaikan kepada tuan/puan dari masa ke semasa. 

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

Saya yang menurut perintah,

SHAIFUL ANUAR MOHAMMAD
Ketua Canseri
b.p. Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir
Kaherah

Khamis, 23 Februari 2012

ISU MEMPERBAHARUI VISA PELAJAR MALAYSIA DI MESIR




Berikut adalah kenyataan rasmi pihak Kedutaan Besar Malaysia Ke Kaherah berkaitan masalah memperbaharui visa di Mesir.

Semoga dengan perkembangan yang baik ini, masalah yang selama ini membelenggu pelajar saban tahun berkenaan masalah memperbaharui visa ini selesai.

(Sila klik pada gambar untuk pembesaran)


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail