Khamis, 21 Julai 2011
REVOLUSI MESIR 1952 - TITIL TOLAK PERUBAHAN PEMERINTAHAN MESIR
Revolusi Mesir 1952
(Sumber :Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas) Revolusi Mesir 1952 atau Revolusi 23 Julai (Arab: ثورة 23 يوليو 1952) dilakukan pada 23 Julai 1952 oleh sekumpulan pegawai tentera menamakan diri mereka "Pergerakan Pegawai Pembebasan". Revolusi ini pada mulanya bertujuan untuk menggulingkan Raja Farouk I. Bagaimanapun, pergerakan ini beralih kepada memansuhkan sistem raja berperlembagaan dan mewujudkan sebuah republik. Kejayaan revolusi itu memberi inspirasi kepada banyak negara Arab dan Afrika untuk menjatuhkan 'rejim rasuah'.
PUNCA
Pemerintahan beraja di Mesir mengamalkan rasuah ,pro-British dan gaya hidup mewah bertentangan dengan pergerakan pegawai pembebasan hidup dalam kemiskinan.Mereka dilihat hanyalah boneka kepada penjajah Britain. Beberapa institusi Mesir seperti polis, istana dan malah parti politik dilihat rasuah.
Kehilangan 78 % tanah Palestin dalam Perang Arab-Israel 1948 menyebabkan rasa tertekan di kalangan pegawai tentera dan rakyat Mesir. Pergerakan ini dipimpin oleh Gamal Abdel Nasser. Mereka menggunakan nama jeneral tentera, Muhammad Naguib kerana mempunyai pengaruh besar di kalangan tentera. Pada 26 Julai 1952, Mohamed Naguib telah menemui Raja Farouk I meminta raja turun tahkta. Pelbagai alasan diberikan . Antaranya kehidupan raja mewah amat bertentangan kehidupan rakyat jelata miskin. Rasuah berlaku di mana-mana terutama di kalangan polis , tentera, pegawai dan parti politik. Malahan Perang Palestin 1948 menerima kekalahan tidak sepatutnya kerana berlaku kebocoran maklumat dan rasuah.
PERLAKSANAAN REVOLUSI
Pada 25 Januari 1952 tentera British menyerang berek polis Mesir di Ismailia selepas polis itu enggan menyerah. 50 pegawai polis Mesir terbunuh dan 100 tercedera. Peristiwa ini mencetuskan kemarahan rakyat Mesir. Rusuhan- rusuhan berlaku di Kaherah dilihat permulaan berakhir pemerintahan beraja. Keesokan harinya, 26 Januari 1952 ("Sabtu Hitam"), rakyat Mesir melihat berlakunya revolusi kedua selepas Revolusi Mesir 1919. Perusuh di Kaherah menyerang kepentingan dan syarikat asing. Perusuh mensasarkan kepentingan British, pejabat syarikat penerbangan, hotel-hotel, filem-filem, tiang- tiang ,Hotel Shepheard, pejabat-pejabat BOAC, dan Kelab Kuda British khususnya. Pemerhati melihat rusuhan ini telah dirancang dengan teliti.
Raja Farouk disingkirkan dari kerajaan pimpinan Perdana Menteri Mesir Mustafa el-Nahhas. Kerajaan selepas itu ialah Ali Maher (27 Januari – 1 Mac), Ahmed Naguib El-Hilali (2 Mac – 29 Jun, dan 22–23 Julai) dan Hussein Sirri (2–20 Julai). 3 kerajaan ini gagal mengekang rasuah berleluasa. Pada 16 Julai Raja Farouk I membatalkan pilihan raya dan melantik dirinya dan cuba mengawal semula angkatan tentera.Rancangan kudeta diadakan pada 5 Ogos.Tetapi apabila Jeneral Muhammad Naguib pada 19 Julai menyatakan mempunyai senarai pegawai tentera terlibat, maka pemimpin rampasan kuasa bertindak pada malam 22 Julai.
REVOLUSI
Pada pagi Rabu, 23 Julai 1952, rampasan kuasa tentera terjadi di Mesir, dilakukan oleh Pegawai Pembebasan diketuai oleh Jeneral Muhammad Naguib, tetapi kuasa sebenar di belakang rampasan kuasa tentera adalah Gamal Abdel Nasser.
Pada 7:30 am, siaran stesen televisyen memberitahu tentang revolusi pimpinan Jeneral Naguib .Berita revolusi itu dibacakan oleh Anwar Sadat yang kemudian menjadi Presiden Mesir.
Revolusi ini dilakukan kerana banyaknya sogokan, kerosakan, dan ketidakstabilan kerajaan. Kesemua ini adalah faktor-faktor itu mempengaruhi pihak tentera Mesir. Amalan rasuah menyebabkan kita kalah dalam Perang Palestin [1948]. Para pembelot wujud di kalangan pegawai tertinggi tentera. Kini tentera tidak lagi dapat diharapkan untuk mempertahankan Mesir.Rakyat Mesir jangan membenarkan pembelot ini memerintah negara Mesir.
Raja Farouk cuba mendapatkan bantuan dari Amerika Syarikat tetapi gagal. Batalion tentera ke-25 menduduki Alexandria, di mana raja berada di Istana Montaza. Raja Farouk pindah ke Istana Ras Al-Teen di pantai. Naguib mengarahkan kapten perahu layar "al-Mahrusa" milik Raja Farouk supaya tidak belayar atas perintah tentera. Anternatif ialah Raj Ahmed Fouad dilantik dan Raja Farouk dibuang negeri pada hari Sabtu, 26 Julai 1952 . Pada 6 jam petang, Raja Farouk belayar ke utara menuju pantai Itali dengan iringan tentera Mesir. Pada 28 Julai 1952, Muhammad Naguib menjadi Presiden Mesir pertama menandakan sejarah pentadbiran moden Mesir.
Jumaat, 15 Julai 2011
TERKINI TENTANG ASRAMA SELANGOR
Kerja-kerja akhir baikpulih Asrama Selangor semakin menghampiri penghujungnya.
Kerja terkini hanyalah melibatkan pembinaan mat'am(kafeteria) dan sutuh (ruangan tambahan tingkat atas) asrama yang tidak mengganggu proses perpindahan. Pihak Pejabat HEP Selangor dengan kerjasama padu Lajnah Penempatan, Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKASM) telah merangka pelan perpindahan secara berperingkat demi memastikan perpindahan para pelajar dan barang-barang perkakas asrama berjalan dengan lancar dan sempurna.
Gerakkerja ini dijangka akan selesai sebelum kedatangan Bulan Ramadhan Al-Mubarak pada penghujung bulan Julai ini.
Untuk pelajar Selangor, kalian akan dapat melihat keindahan luar dan dalam wajah baru bangunan ini dalam tempoh yang tidak berapa lama lagi.
Selasa, 12 Julai 2011
KPI TARBIYAH MENGEMBANGKAN SAYAP KE BUMI JORDAN
Bersempena dengan Lawatan Pegawai HEP Selangor ke Jordan baru-baru ini, satu majlis pelancaran Buku KPI Tarbiyah telah di laksanakan dengan jayanya.
Majlis yang diadakan sempena Mesyuarat Agong Tahunan (AGM) Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan (BKASJ) telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Faryzan bin Subkhi, Pegawai HEP Selangor Mesir di Dewan Kuliah Tarbiyah, Universiti Yarmouk, Jordan.
Majlis penyerahan Buku KPI Tarbiyah kepada Yang Di Pertua BKASJ sesi 2010/2011 ini adalah sebagai simbolik perlaksanaan KPI Tarbiyah kepada seluruh anak-anak Selangor yang berada di bumi Jordan.
Sebagai pencerahan, Key Performance Indicator (KPI) Tarbiyah diwujudkan sebagai salah satu usaha untuk menilai prestasi syakhsiyah Mahasiswa Selangor secara tersusun dan bersistematik.
Ia adalah selari dengan hasrat murni Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan untuk melahirkan mahasiswa yang cemerlang dalam segenap aspek termasuklah cemerlang disudut akademik, syakhsiah, akhlak dan ibadah.
Setakat ini, KPI Tarbiyah ini telah diimplimentasikan kepada seluruh pelajar Selangor yang berada di Mesir.
Semoga dengan berkembangnya usaha murni ini ke peringkat Jordan, hasrat dan keinginan untuk melahirkan mahasiswa Islam yang cemerlang di dunia dan akhirat akan dapat direalisasikan.
Isnin, 11 Julai 2011
JAULAH MAHABBAH ANAK-ANAK SELANGOR DI JORDAN
12:00 PTG
Satu Siri Jaulah Mahabbah telah diadakan pada 7 hingga 9 Julai 2011 oleh Pegawai HEP Selangor Mesir, Ustaz Mohd Faryzan Subkhi. Objektif beberapa siri lawatan dan ziarah menemui para pelajar Selangor yang menuntut di Jordan ini diadakan ialah untuk merapatkan lagi ukhuwah antara pegawai dengan para pelajar disamping mengambil cakna tentang apa jua isu dan permasalahan mereka di sana, samaada dari sudut kebajikan, keselamatan dan pendidikan.
Pelbagai aktiviti dan program yang padat telah disusun sepanjang hampir 3 hari beliau di sana, antaranya :
a. Mengadakan kunjungan hormat ke Education Malaysia of Jordan(EMJ).
b. Menziarahi para pelajar Selangor yang menuntut di Universiti Mu'tah, Jordan.
c. Menziarahi pelajar Selangor yang berada di Amman, Jordan.
d. Menziarahi rumah-rumah pelajar Selangor di Irbid, Jordan.
e. Menjadi Tetamu khas dan menyampaikan ucaptama di dalam Mesyuarat Agong Tahunan(AGM) Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan(BKASJ).
f. Melancarkan Buku KPI Tarbiyah untuk para pelajar Selangor.
Bagi pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir ingin merakamkan jutaan terima kasih khas kepada :
Pihak Education Malaysia of Jordan(EMJ),
Presiden dan seluruh Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ),
Yang Di Pertua BKASJ dan barisan kepimpinannya sesi 2010/2011,
Para Pelajar Ijazah Kedoktoran(PhD) Jordan,
dan seluruh anak-anak Selangor penuntut ilmu,
atas kerjasama dan sambutan yang amat baik yang telah diberikan oleh mereka semua semenjak kedatangan Pegawai sehinggalah kepulangannya kembali ke Mesir.
Semoga tautan ukhuwah yang terbina, menjadi wadah penyatuan dan mahabbah antara Pegawai dan seluruh pelajar Selangor di bumi Urdun.






















