Perhatian kepada seluruh mahasiswa/wi Selangor di Mesir, khasnya penerima bantuan Dermasiswa Zakat dan Bantuan Umum Pelajaran (BUP) Lembaga Zakat Selangor. Berikut dikemukakan beberapa maklumat penting berkaitan penghantaran keputusan peperiksaan bagi sesi pengajian 2012/2013 :
1. TEMPOH PENGHANTARAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
Pejabat HEP Selangor Mesir (PHEPSM) ingin memaklumkan, bagi permohonan bantuan zakat sesi pengajian 2013/2014 yang akan datang , tempoh penghantaran keputusan peperiksaan sesi 2012/2013 hanya akan dibuka sebanyak 2 KALI sahaja sebagaimana berikut :
i. Sehingga 31 OKTOBER 2013
ii. Sehingga 31 Disember 2013
Oleh itu, pelajar dikehendaki menghantar segera keputusan peperiksaan beserta terjemahan ke PHEPSM berdasarkan tempoh-tempoh di atas selepas keputusan diperolehi dari pihak universiti. PHEPSM tidak akan menerima/melayan penghantaran yang melewati tempoh tersebut.
2. KAEDAH PENGHANTARAN
Untuk makluman juga, penghantaran keputusan peperiksaan mestilah dibuat secara "BY-HAND" kepada pihak PHEPSM. Bagi pelajar yang tidak dapat hadir ke PHEPSM kerana berada jauh di muhafazah atau pulang ke Malaysia, keputusan peperiksaan tersebut boleh dihantar melalui "WAKIL" untuk diserahkan kepada pihak PHEPSM.
Pihak PHEPSM tidak akan melayan atau menerima sebarang penghantaran keputusan peperiksaan melalui email.
3. REKOD PENGHANTARAN
Pelajar diwajibkan untuk mencatat maklumat-maklumat peribadi di dalam buku rekod penghantaran keputusan peperiksaan yang disediakan oleh PHEPSM sebagai bukti penghantaran. Berikut adalah maklumat-maklumat yang diperlukan
1. NAMA PENUH
2. NOMBOR KAD PENGENALAN
3. BIDANG & FAKULTI PENGAJIAN
4. NAMA UNIVERSITI
5. TAHUN PENGAJIAN SESI 2012/2013
6. STATUS PENGAJIAN SESI 2013/2014 ( NAIK TAHUN/GAGAL/MENGULANG
TAHUN)
7. STATUS BANTUAN ( DERMASISWA ZAKAT atau BANTUAN UMUM PELAJARAN)
8. NO. TELEFON
9. ALAMAT E-MAIL
PHEPSM juga sedang melaksanakan program kemaskini database mahasiswa/wi Selangor di Mesir. Justeru, maklumat berkaitan no. telefon dan alamat e-mail pelajar adalah wajib dicatat di dalam buku rekod tersebut.
Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian. Wassalam.